Sejak awal tahun
lagi,Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai Suvarnabhumi atau bumi
emas.Terdapat banyak pelabuhan penting mucul di sepanjang Selat Melaka yang
menjadi tumpuan pedagang india,China dan Eropah.Kedatangan para pedagang ini berbeza
daripada kedatangan kuasa-kuasa Eropah pada abad ke-18.Perubahan yang berlaku
di Eropah telah mendorong kuasa Eropah seperti Peranchis,Britain dan Jerman bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan yang
kaya dengan bahan mentah bagi memenuhi keperluan perindustrian mereka.
Pertapakan kuasa-kuasa ini
telah membawa kepada pengenalan tanaman komersial seperti:getah,tebu,tembakau
dan kelapa sawit.Kedatangan British ke Tanah Melayu bermula dengan penguasaan
Pulau Pinang pada tahun 1786 oleh Francis Light.Diikuti dengan Singapura pada
tahun 1819 dan pangambilan alihan Melaka daripada kuasa Belanda pada tahun
1824.Perjanjian Inggeris-Belanda pada tahun 1824 mengukuhkan lingkungan
pengaruh British di Alam Melayu.Pada masa itu,kuasa British melalui syarikat Borneo
Utara telah bertapak di Sabah dan James Brooke telah mengasaskan pemerintahan
British di Sarawak.Zaman penjajahan British di Tanah Melayu,Sabah,Sarawak telah
memberikan kesan mendalam dan mengubah corak ekonomi,politik dan sosial
masyarakat tempatan.
Kesan dari segi Sosial
Kepesatan pembangunan sektor
pertanian dan perlombongan oleh colonial British telah menyebabkan berlakunya
masalah kekurangan tenaga buruh tempatan untuk memenuhi keperluan aktiviti
ekonomi di Tanah Melayu.Bagi mengatasi masalah ini,pihak British telah membawa
masuk tenaga buruh dari luar untuk bekerja dalam sektor pertanian dan
perlombangan.Buruh dari India telah dibawa secara beramai-ramai untuk bekerja
di ladang getah.Tenaga dari China pula dibawa masuk bekerja di lombong bijih
timah.Kedatangan buruh China dan India ke Tanah Melayu sedikit sebanyak telah
dipengaruhi oleh faktor-faktor yang mendorong mereka untuk meninggalkan Negara
masing-masing.
Selain galakan kerajaan Kolonial British agar mereka
berhijrah ke Tanah Melayu,penghijrahan meraka juga tidak pernah ditentang oleh
orang Melayu.Kedatangan buruh dari China secara besar-besaran bermula sejak
awal abad ke-19 lagi.Kebanyakan buruh China yang datang ke Tanah Melayu berasal
dari wilayah selatan China seperti:Kwangtung,Kwangsi,Fukien.Hubungan tradisi
antara Tanah Melayu dengan India telah mendorong mereka berhijrah ke Tanah
Melayu.Kemakmuran Tanah Melayu yang sedang pesat membangun dari segi ekonomi
melalui perusahaan getah dan bijih timah telah membuka banyak peluang pekerjaan
kepada kaum imigran.Pemerintahan British telah mewujudkan kestabilan politik di
Tanah Melayu yang bukan sahaja telah menarik pemodal tetapi buruh asing juga
untuk ke sini.
Jalan kereta
api telah dibina oleh Pihak British adalah untuk mempercepatkan penghantaran
bijih timah dari kawasan perlombongan dan juga penghantaran getah dari kawasan
perladangan getah ke pelabuhan-pelabuhan untuk tujuan pengeksportan.
Pembinaan
jalan kereta api boleh dibahagikan kepada tiga fasa.Fasa pertama adalah dalam
lingkungan tahun 1885 hingga 1896.Jalan kerata apai dibina untuk memenuhi
keperluan perlombongan bijih timah.Dengan itu jalan kerata api dibina di
kawasan yang berdekatan dengan perlombongan bijih timah seperti negeri-negeri
sebelah pantai barat.
Landasan
kereta api yang pertama dibina pada tahun 1885 yang menghubungkan antara
Taiping dengan Port Weld pada bulan Jun 1885.Landasan ini dibina untuk
menyediakan perkhidmatan bagi perindustruan bijih timah di Larut.Selain itu
landasan kerata api yang lain dibina adalah dari Kuala Lumpur ke Bukit
Kuda(1886),Klang ke Port Dickson(1891),Tapah Road ke Teluk Anson(1897).
Fasa kedua
melibatkan pembinaan antara tahun 1877 hingga 1909.Pada peringkat ini pembinaan
jalan kereta api adalah untuk menghubungkan antara bahagian utara dengan
bahagian selatan Semenanjung.
Selepas
pembentukan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu,jalan-jalan kereta api yang sedia
wujud mula disambungkan atas inisiatif Sir Frank Swettenham dan dikendalikan
oleh Sistem Kereta api Negeri-Negeri Bersekutu.Pada tahun 1903 Prai
disambungkan dengan Seremban dan juga Seremban ke Gemas.Pada tahun 1909 jalan
kereta api menghubungkan Gemas dengan Johor Bahru dan 1923 di antara Johor
dengan Singapura.Di utara Prai disambungkan dengan Padang Besar(1918) dan terus
ke Thailand.Jalan kereta api di Gemas telah dipangjangkan hingga ke
Tumpat,Kelantan melalui Kuala Lipis,Pahang dan terus ke Sungai Golok,Siam.Selain
itu juga dijalankan pembinaan landasan kereta api yang menuju kea rah pantai
timur.Menjelang tahun 1904 semua kawasan perlombongan bijih timah di
Selangor,Perak dan Negeri Sembilan telah mempunyai perkihdmatan kereta api.
Pembinaan
jalan kereta api dalam fasa kedua bukan atas kepentingan perlombongan bijih
timah sahaja malah juga atas kepentingan sector perladangan getah.Pihak British
telah memastikan pembinaan jalan kereta api ini dapat memudahkan hasil getah
dapat dibawa dengan mudah ke pelabuhan untuk tujuan pengeksportan ke luar
negeri.
Fasa ketiga
pula melibatkan pembinaan jalan kereta api antara tahun1910 hingga tahun
1931.Pembinaan jalan kereta api telah juga meliputi negeri
Kedah,Perlis,Johor,Kelantan dan Terengganu.Setiap negeri di Semenanjung telah
duhubungkan dengan jalan kereta api meliput timur dan barat,utara dan selatan.
Pembinaan
jalan kereta api di Sabah telah dimulakan pada tahun 1896 di Bukau yang
terletak kira-kira 13 kilometer dari Weston.Pada tahun 1900 pula jalan kereta
api dibina untuk menghubungkan Beaufort dengan Jesseltob dan dipanjangkan jalan
kereta api sehingga ke Tenom.Pembinaan jalan kereta api Sabah adalah untuk
kegiatan pembukaan lading-ladang getah.Pembinaan jalan kereta api di Sabah
tertumpu di kawasan pantai barat Sabah.Di Sarawak tiada rekod tertentu
menunjukkan pembinaan jalan kereta api.
Perkembangan
Bandar
Perkembangan ekonomi,terutama
perusahaan getah dan bijih timah mengakibatkan kemasukan buruh secara
beramai-ramai dari India dan China.Secara tidak langsung ia mewujudkan
masyarakat yang majmuk di Negara ini,terutama negeri-negeri di pantai barat
Tanah Melayu.
Pada kurun
ke-19,bandar-bandar baru muncul akibat kegiatan ekonomi seperti perlombongan
bijih timah dan perladangan.Pembinaan jalan raya dan kereta api juga memudahkan
kemunculan bandar-bandar baru.Beberapa
Bandar baru berkembang di Larut,Kinta dan Lembah Kelang.Antara bandar-bandar
yang muncul dari kegiatan perlombongan bijih timah termasuk Lukut,Kampar,Kuala
Lumpur,Taiping,Ipoh ,Seremban dan Rawang.
Beberapa
factor yang mempercepatkan proses inin ialah pertambahan bilangan penduduk
dengan kemasukan buruh dari India dan China.Di bandar-bandar ini,terdapat
berbagai-bagai jenis kemudahan seperti perkhidmatan pos,telegraf,sekolah dan
kedai.Selain kemudahan-kemudahan moden,kedudukan yang strategic juga
menyebabkan beberapa bandar berkembang menjadi pusat perdagangan.Contohnya
Kuala Lumpur.
Di
Perak,Taiping menjadi pusat pentadbiran pada tahun 1876.Taiping dilengkapkan
dengan pelbagai kemudahan yang sesuai dengan kedudukannya sebagai pusat
pentadbiran.Teluk Anson merupakan satu lagi bandar yang penting di
Perak.Kawasan perbandaran Teluk anson merangkumi tiga petempatan yang penting
iaitu Teluk Mak Intan,Pasir Bedamar dan Durian Sebatang.Leftenen Gabenor Pulau
Pinang yang membantu dalam merancang pembinaan bandar Teluk Anson.Oleh
itu,bandar ini dinamakan sempena nama beliau.Teluk Anson menjadi pusat
pentadbiran bagi kawasan Hilir Perak yang meliputi kawasan-kawasan yang kaya
dengan bijih timah seperti Kinta.Kini,kerajaan telah menukar nama Teluk Anson
kepada Teluk Intan.
Proses
urbanisasi bertanggungjawab membangunkan beberapa bandar seperti Ipoh,Kuala
Lumpur dan Pulau Pinang yang menjadi tumpuan penduduk.Komposisi penduduk Tanah
Melayu mula berubah dengan kemunculan masyarakat majmuk.
Proses
urbanisasi juga dapat dikesan di Sabah dan Sarawak.Walaubagaimanapun proses ini
tidak begitu ketara atau cepat.Bandar utama di Sarawak ialah Kuching.Kuching
dibuka pada tahun 1830-an atas usaha pembesar-pembesar dari Brunei.Kuching
berkembang dengan cepat sebagai pusat perdagangan dan pentadbiran
Sarawak.Bandar ini dilengkapkan dengan jalan raya,bangunan
moden,persekolahan,hospital dan pejabat pos.
Bandar-bandar
seperti Sibu dan Miri juga dimajukan.Pada tahun 1910 petroleum telah dijumpai
di sini dan ini menyebabkan pembangunan bandar Miri.
Bandar-bandar
utama di Sabah pula ialah Kudat,Jeseelton dan Sandakan.Kompeni Berpiagam yang
memerintah Borneo Utara pada masa itu telah menjadikan Kudat sebagai ibu
negeri.Kemudian pada tahun1883 ibu negeri Sabah ditukar ke Sandakan.Sandakan
terletak berhampiran dengan kawasan perindustrian kayu balak.Ini menjadi satu
factor yang menggalakkan perkembangannya.Bandar Jesselton diasakan pada tahun
1900.Pada tahun 1967 Jesselton dikenali sebagai Kota Kinabalu dan menjadi ibu
negeri Sabah.Perusahaan getah membawa kekayaan kepada bandar ini.Jalan kereta
api juga dibina dari Jesselton ke Beaufort.
Kesimpulan
Ekonomi
komersial Tanah Melayu dimulakan dengan perkembangan perusahan bijih timah
diikuti dengan perusahaan getah berikutan campur tangan British di Negeri-
negeri Melayu pada tahun 1874.Kedua-dua perusahaan ini menjadi nadi dan sumber
pendapatan utama Tanah Melayu sehingga abad ke 20.
Perkembangan
perusahaan bijih timah dan getah adalah asas pembentukan
ekonomi berbentuk komersial di Tanah Melayu pada abad ke 19
dan 20.Perkembangan kedua-dua perusahan ini bukan saja membantu perkembangan
ekonomi bahkan membantu meningkatkan taraf hidup penduduk Tanah Melayu.
Nice one,appriciated :)
ReplyDeleteThank you
ReplyDeleteGood
ReplyDeleteWell smk seri pantai punya kerja kursus 🤫
DeleteI'm sorry but I had to take this for my essays...I hope teacher don't know tht all my essays are from your website.Piece out 😌✌🏻
ReplyDelete