Kesan Dari Segi Politik
Pengenalan
Tanah Melayu kaya dengan hasil bumi yang
berharga seperti bijih timah, getah dan lain-lain telah mendorong kuasa asing
seperti Belanda dan British untuk menguasainya demi kepentingan diri.
Keadaan politik yang tidak stabil di
negeri-negeri ini telah memberi kesempatan kepada British untuk campur tangan
dan memaksa sultan-sultan Melayu menerima naungan British. Ini berpunca
daripada rempas kuasa antara pembesar terhadap kawasan cukai di tempat
perlombongan bijih timah.Dasar campur tangan British telah membentuk Sistem
Residen dan kemudiannya Negeri-Negeri Melayu Bersekutu untuk terus menguasai
perlombongan bijih timah di Tanah Melayu.
Selain itu, perusahaan
getah yang telah berkembang pesat pada awal abad ke-20. Perkembangan perusahaan
getah dengan penanaman secara besar-besaran telah menyebabkan British
memperkenalkan undang-undang tanah untuk menguasai terhadap perusahaan getah di
Tanah Melayu.
Secara langsung,
perkembangan bijih timah dan perusahaan getah telah memberi banyak kesan
terhadap politik di Tanah Melayu sebelum 1970.
Pengenalan
Undang-Undang Berhubung Tanah
Dalam sektor
pertanian, orang Melayu telah diperkenalkan kepada tanaman baru yang mendapat
pasaran yang amat baik pada peringkat antarabangsa seperti getah oleh kerajaan
penjajah British. Untuk meneruskan penguasaan kerajaan penjajah British
terhadap perusahaan bijih timah dan penanaman getah, undang-undang berhubung
dengan pemilikan tanah turut diperkenalkan.Namun, terdapat beberapa aspek
undang-undang ini yang menindas golongan Melayu dan kuasa Sultan.
Sebelum
kehadiran British, hal yang berkaitan dengan pemilikan tanah dan pengunaan
tanah tidak menjadi persoalan utama. Pemilikan tanah lebih bergantung
kepada konsep usaha siapa yang mengusahakan tanah itu, dialah yang layak
memilikinya. Pentadbirannya banyak dipengaruhi oleh adat Hindu (Sistem Tithe)
iaitu sebahagian atau 1/10 daripada hasil yang diperolehi mesti diserahkan
kepada Raja yang memerintah. Menurut Sistem Feudal iaitu semua tanah dipunyai
oleh Raja dan pemilikan tanah diperturunkan kepada wakilnya seperti penghulu,
pengawai dan ketua kampung. Sistem tanah tradisi Melayu terbahagi kepada
beberapa jenis seperti Tanah Mati, Tanah Hidup, Tanah Kampung, Tanah Huma
danTanah Sawah.
Sebelum
pembentukan NNMB pada tahun 1896, setiap negeri Melayu mempunyai sistem
tanahnya sendiri dan dikendalikan oleh Residen di negeri berkenaan. Hanya pada
tahun 1897, Enakmen Tanah Persekutuan yang berasaskan Sistem Torrens yang
dijalankan di Australia telah diperkenalkan untuk menyeragamkan perundangan dan
peraturan tanah di negeri-negeri Melayu. Sistem Torrens adalah untuk mewujudkan
sistem pendaftaran tanah yang menjamin hak persendirian. Sistem ini juga
penting untuk menyediakan rangka formal bagi urusniaga yang menjamin hak dan
kepentingan. Seterusnya, ini dapat mewujudkan undang-undang bagi pindah milik
berdaftar
Hal ini penting kerana bagi
pihak British rekod bertulis amat penting bagi menjamindan mengesahkan hak
pemilikan tanah. Dengan kosep ini negeri Perak merupakan negeri Melayu yang
pertama diperkenalkan dengan undang-undang tanah Barat. Ini dilakukan melalui
Peraturan Tanah Perak 1879. Kanun Tanah Selangor telah diperkenalkan di
Selangor pada tahun 1891. Di Sungai Ujong (Seremban) pula Peraturan Tanah
Sungai Ujong telah diperkenalkan pada tahun 1887.
Walaupun undang-undang
berhubung tanah telah diperkenalkan untuk mengesahkan hak milik tanah tetapi
undang-undang ini juga membawa banyak kesan kepada politik di Tanah Melayu.
Yang pertama, British telah membahagikan tanah mengikut kegunaan dan nilai
kemersialnya seperti tanah ladang, tanah peribumi dan tanah perlombongan. Kadar
cukai yang dikenakan terhadap tanah bergantung pada jenis tanah yang dimiliki.
Seterusnya, undang-undang
tanah menetapkan individu ataupun syarikat yang berminat untuk mengusahakan
sesuatu kawasan tidak lagi perlu mendapat kebenaran daripada para pembesar Melayu
tetapi mereka hanya terus mendapatkan kebenaran daripada Pejabat Tanah. Dengan
kata lain, undang-undang Tanah British memberikan kuasa yang besar kepada
Residen untuk menentukan konsesi tanah yang akan diberikan kepada para pemodal.
Pada 25 November 1913, Akta
Simpanan Melayuu telah diluluskan oleh Majlis Mesyuarat Persekutuan untuk
menjaga kebajikan orang Melayu. Akta ini bertujuan mengelakkan tanah milik
orang Melayu berpindah kepada orang asing. Oleh itu, Residen berkuasa
mengisytiharkan mana-mana kawasan tanah milik orang Melayu sebagai Tanah
Simpanan Melayu tetapi tanah tersebut tidak dibenarkan menanaman getah dan
kebanyakan tanah tersebut adalah tidak subuh.
Secara langsung,
perkembangan bijih timah dan perusahaan getah telah mendorong British untuk
mengukuhkan pengaruh mereka di Tanah Melayu. Dengan hasrat tersebut pihak
British telah memperkenalkan Undang-undang Tanah Berhubung yang telah
menghakiskan pengaruh pembesar. Hal ini kerana pengusaha tanah tidak perlu lagi
mendapat kebenaran daripada pembesar dan terus mendapat kebenaran daripada
Pejabat Tanah.
Undang-Undang
Tanah dan Dasar terhadap Pekebun Kecil
Undnag-undang Tanah yang
liberal telah membolehkan pengusaha asing memiliki tanah untuk penanaman getah.
Kerajaan British telah berjaya membatalkan hak milik tanah oleh
pembesar-pembesar. Tanah menjadi hak kerajaan dan sesiapa sahaja boleh memohon
untuk menanam getah. Pada tahun 1896, undang-undang yang berkaitan dengan
penerokaan tanah untuk tanaman getah telah dilaksanakan. Mulai tahun 1897,
cukai ke atas tanah yang ditanam dengan getah hanya sebanyak 10¢ seekar bagi 10
tahun pertama. Selepas tempoh tersebut, cukai tanah yang dikenakan hanya 50¢
seekar setahun. Cukai yang dikenakan ke atas getah hanya sebanyak 2.5% bagi
tempoh 15 tahun pertama. Selepas tempoh itu, cukai yang dikenakan untuk getah
tidak melebihi 5% setahun. Selain itu, mereka yang meneroka tanah untuk tanaman
getah diberi hak milik kekal.
Pihak British juga
memperkenalkan sistem pengukuran tanah yang tepat dan jelas telah menamatkan
pertikaian kawasan merebut tanah, khususnya tanah penanaman getah. Keadaan yang
tenteram membolehkan para pengusaha untuk mengembangkan perusahaannya dengan
bersungguh-sungguh tanpa merisaukan peristiwa huru-hara berlaku.
Seterusnya pihak British
telah memperkenalkan Enakmen Tanah Padi 1917 yang melarang penanaman getah di
kawasan penanaman padi untuk mengurangkan jumlah penyertaan pekebun kecil getah
terutamanya daripada kalangan orang Melayu dalam sektor perusahaan getah.
Seterusnya, pada tahun 1930-an pembukaan tanah-tanah baru untuk tujuan
penanaman getah telah dilarang semasa kemerosatan harga getah di pasaran dunia
pada awal 1930-an telah membimbangkan kerajaan British yang ingin melindungi
pemodal Eropah dengan mengehadkan pengeluaran. Ini disebabkan oleh pelaksanaan
Rancangan Peraturan Getah Antarabangsa.
Keseluruhannaya,
perkembangan perusahaan getah telah menyebabkan British memperkenalkan
Undang-Undang Tanah yang menguntungkan pemodal. Sebaliknya, pihak British juga
melaksanaan undang-undang yang menghakiskan orang Melayu. Enakmen Tanah Padi
dipandang sebagai dasar mengurangkan pergantungan pengimportan beras dari
negara lain tetapinya juga boleh dipandang sebagai kesan politik yang
termasklah undang-undang terhadap penanaman getah.
Kesimpulannya
Kesimpulannya
Kekayaan hasil bumi dan kesuburan
tanah untuk menaman getah merupakan kurniakan Tuhan kepada Tanah Melayu tetapi
telah mendorong campur tangan kuasa asing terhadap Tanah Melayu. Pertelingkahan
yang berkaitan dengan perlombongan bijih timah telah menyebabkan pihak British
memperkenalkan Sistem Residen di Tanah Melayu untuk mentadbir negeri tertentu
Dengan pengenalan Sistem Residen di Tanah Melayu telah mula memberi kesan yang
banyak terhadap politik di Tanah Melayu terutamanya dalam menghakiskan kuasa
Sultan dan pembesar tempatan. Selain itu, kekuasaan Residen di Tanah Melayu
telah menyebabkan pihak British memperkenalkan Negeri-Negeri Melayu Bersekutu
untuk mengehadkan kuasa mereka tetapi pelaksanaan ini juga mempengaruhi kuasa
seseorang Sultan di Tanah Melayu terutamanya dalam soal tanah. Di samping itu,
untuk mengukuhkan kuasa pihak British di Tanah Melayu supaya terus menguasai
perlombongan bijih timah dan penanaman getah Undang-Undang Berhubung Tanah
telah diperkenalkan. Undang tersebut telah mengubahkan corak pemilikan tanah
penduduk tempatan yang asal dan menghakiskan kuasa Sultan terhadap tanah.
Selain itu, penanman getah yang berkembang di Tanah Melayu telah menyebebkan
pihak British memperkenalkan undang yang memudahkan pemodal asing mengusahakan
tanah tersebut tetapi semasa kemerosotan harga getah di dunia pihak British
juga telah memperkenalkan Enakmen yang mengurangkan penglibatan orang Melayu
dalam penanman getah.
No comments:
Post a Comment